Figure 1: Sekolah Menengah Agama Al Falah Kemaman
Selepas 5 tahun berhempas pulas
melalui zaman sekolah menengah akhirnya keputusan SPM diumumkan. Pada hari
kejadian ramai diantara kawan-kawan saya yang menyemak keputusan secara online
dan melalui mesej sebelum keputusan rasmi dikeluarkan oleh pihak sekolah.
Namun, nasib tidak menyebelahi saya apabila laman web untuk menyemak keputusan
tidak dapat masuk dan mesej yang dihantar tidak dijawab dalam masa terdekat.
Saya berbelah bahagi untuk pergi ke sekolah atau tidak pada hari kejadian.
Setelah berbincang dengan
keluarga, keputusan ayah adalah menyuruh saya ditemani ibu pergi mengambil
keputusan supaya dapat berjumpa dan berterima kasih kepada rakan-rakan dan juga
guru-guru. Dalam keadaan berdebar-debar saya melangkah kaki masuk ke dewan
bersama ibu. Ketika itu majlis sedang berlangsung. Tanpa sempat duduk di kerusi
yang telah disediakan, nama saya dipanggil untuk menerima keputusan SPM di atas
pentas. Tidak terucap oleh kata-kata apabila hajat yang diinginkan untuk
menaiki pentas ketika menerima keputusan SPM tercapai. Ibulah orang yang paling
gembira apabila ibu berkata “angah, cepat naik ngah. Nama angah kene panggil
tu.” Terpancar sinar kebahagiaan dari wajah ibu. Alhamdulillah, syukur dapat
buat ibu gembira walau bukan dengan kata2 namun reaksi wajah ibu telah menjawab
segalanya.
Namun saya sedikit terkilan
kerana sahabat baik saya tidak bersama-sama ketika di pentas. Kami berkawan
daripada tingkatan 1 sampai tingkatan 5 sehinggakan ada yang mengatakan kami
kembar kerana selalu bersama ke mana2 sahaja. Hari tersebut juga merupakan hari
paling sedih kerana merupakan hari terakhir di sekolah menengah. Tak sanggup
untuk berpisah dengan guru2 dan rakan2 seperjuangan. Namun kami terpaksa akur
dengan peredaran masa.
4 bulan berlalu saya mendapat
tawaran melanjutkan pelajaran di UITM Machang dalam bidang Diploma Sains
Matematik. Saya sangat teruja kerana akan melangkahkan kaki ke universiti. Namun
keputusan ayah adalah menyuruh saya menyambung pelajaran dalam bidang sains
bukan matematik walaupun fevret subjek saya adalah matematik. Yelaa kan dah 2
tahun (form 4 & form 5) ambik bidang sains sia2 laa kalau tukar bidang. Maka
saya menyambung pelajaran dengan mengambil STPM sains. Yang paling happy bila
sahabat baik saya juga menyambung STPM di tempat yang sama. ๐
Figure 2: Rakan sekelas 5 Imam Bukhari 2017
Untuk pengetahuan :
- Alfalah ni adalah satu-satunya Sekolah Menengah Agama di daerah Kemaman
*boleh komen untuk suggestion post seterusnya ๐
*oke
sambung cerita saya di post seterusnya berkaitan STPM sains