Search This Blog

Life Must Go On

Saturday, January 30, 2021

HARI YANG DINANTI

 

Figure 1: Sekolah Menengah Agama Al Falah Kemaman

                Selepas 5 tahun berhempas pulas melalui zaman sekolah menengah akhirnya keputusan SPM diumumkan. Pada hari kejadian ramai diantara kawan-kawan saya yang menyemak keputusan secara online dan melalui mesej sebelum keputusan rasmi dikeluarkan oleh pihak sekolah. Namun, nasib tidak menyebelahi saya apabila laman web untuk menyemak keputusan tidak dapat masuk dan mesej yang dihantar tidak dijawab dalam masa terdekat. Saya berbelah bahagi untuk pergi ke sekolah atau tidak pada hari kejadian.

                Setelah berbincang dengan keluarga, keputusan ayah adalah menyuruh saya ditemani ibu pergi mengambil keputusan supaya dapat berjumpa dan berterima kasih kepada rakan-rakan dan juga guru-guru. Dalam keadaan berdebar-debar saya melangkah kaki masuk ke dewan bersama ibu. Ketika itu majlis sedang berlangsung. Tanpa sempat duduk di kerusi yang telah disediakan, nama saya dipanggil untuk menerima keputusan SPM di atas pentas. Tidak terucap oleh kata-kata apabila hajat yang diinginkan untuk menaiki pentas ketika menerima keputusan SPM tercapai. Ibulah orang yang paling gembira apabila ibu berkata “angah, cepat naik ngah. Nama angah kene panggil tu.” Terpancar sinar kebahagiaan dari wajah ibu. Alhamdulillah, syukur dapat buat ibu gembira walau bukan dengan kata2 namun reaksi wajah ibu telah menjawab segalanya.

                Namun saya sedikit terkilan kerana sahabat baik saya tidak bersama-sama ketika di pentas. Kami berkawan daripada tingkatan 1 sampai tingkatan 5 sehinggakan ada yang mengatakan kami kembar kerana selalu bersama ke mana2 sahaja. Hari tersebut juga merupakan hari paling sedih kerana merupakan hari terakhir di sekolah menengah. Tak sanggup untuk berpisah dengan guru2 dan rakan2 seperjuangan. Namun kami terpaksa akur dengan peredaran masa.

                4 bulan berlalu saya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di UITM Machang dalam bidang Diploma Sains Matematik. Saya sangat teruja kerana akan melangkahkan kaki ke universiti. Namun keputusan ayah adalah menyuruh saya menyambung pelajaran dalam bidang sains bukan matematik walaupun fevret subjek saya adalah matematik. Yelaa kan dah 2 tahun (form 4 & form 5) ambik bidang sains sia2 laa kalau tukar bidang. Maka saya menyambung pelajaran dengan mengambil STPM sains. Yang paling happy bila sahabat baik saya juga menyambung STPM di tempat yang sama. ๐Ÿ˜Š

Figure 2: Rakan sekelas 5 Imam Bukhari 2017


Untuk pengetahuan :

- Alfalah ni adalah satu-satunya Sekolah Menengah Agama di daerah Kemaman


*boleh komen untuk suggestion post seterusnya ๐Ÿ˜

*oke sambung cerita saya di post seterusnya berkaitan STPM sains

No comments:

Post a Comment

Teruntuk Langit Yang Bercanda

  ๐Ÿ’˜Antologi puisi, rasa & kamu -JIWA- -1- Ke hadapan rumah yang dipenuhi perabot perangkap bunyi yang saling berbalas sunyi, tampak sep...