Search This Blog

Life Must Go On

Sunday, February 7, 2021

STPM Sains

 STPM SAINS SUSAH ???

Haa meh sye nk kongsi sikit citer pengalaman msuk STPM sains ni.

Figure 1: Para Pendidik Ismailian dan student 18/19 dan 19/20

5hb februari 2018 sye msuk ke Sek Men Sultan Ismail Kemaman atau nme glamour skolah ni 'SIS' stand for Sultan Ismail School, as a form 6 student stelah menolak tawaran UITM dlm bidang sains matematik serta beberapa universiti swasta. Sebab2 penolakan msuk ke UITM adlh sbb ayah sye xnk sye msuk aliran math. Yelaa kan dh 2 tahun proceed dalam aliran sains tiber nk msuk math. Syg laa kan. So sye msuk ke STPM aliran sains. Mula2 penuh satu klas tpi smua tukar aliran sastera dan tinggallah kami 7 orang pelajar bio dan 2 orang pelajar fizik. Btw kat kemaman ni ade stu skolah je aliran STPM sains. Tu pun cg bgtau batch kmi pling rmai pelajar sains.. Mksudnya sblm ni lgi sikit laa kan. Mse tu sluruh negeri trngganu, pljar bio pling rmai klas kami laa. Ade skolah yg sorg je plajar bio. So sape2 yg msuk alirn sains ni mmg limited laa. Haa ni sye perkenalkan classmate sye yang same2 berjuang selama 1 tahun setengah.


Figure 2: Classmates 6 Atas Ungku Aziz (Sains Biologi)



Figure 3: Students sains BIO & FIZ (18/19)

 

Oke then kite truskan cter psal subj aliran sains ni. Haa sye ambik 4 subjek iaitu Biology, Chemistry, Mathematics T dan ofkoss smua wajib ambik iaitu Pengajian Am. Oke bg sye subj bio ni lebih detail berbnding zman SPM dulu. Blajar pun enjoy sbb bile dh blajar kita praktikkan melalui amali so lebih mudah faham laa. Paling best mse sem 2 kami ade projek bedah tikus. Mesti korg geli kan tpi actually mse mula2 tu je geli then bile dh bedah dye tu  rse mcm betul2 jdi doctor pulakk.. hehehehe best sbb dpt tngk organ dalaman tikus yg sbnrnye same dgn organ dlaman manusia. So bleh tau laa mcm mne rupa hati, jantung, kat mne trltaknya buah pinggang and so on laa. Bnyk klau nk cter satu2. Pastu ade lagi projek mse sem 3. Sem ni xdelaa blajr sgt  rsenye sbb kne settle kan projek iaitu mengawet serangga and tumbuhan. Tpi bkn ikut suka je bleh pilih mne2 srangga kne ikut family dye laa. Klau nk tahu lbih kne blajar laa.

Time ni bnyk sgt dugaan sbb bahan yg kami guna utk awet serangga tu bahaya. Klau kene plastik bleh koyak. Klau terhidu kuat sgt ade effect2 dye laa. Belum lgi msuk part dh siap awet smua tup2 kaki serangga patah, sayap tercabut and so on. Sbb nk yg sempurna xleh cacat2. Time nk tangkap satu hal, mcm orang gila dh duk kat pdang skolah. Berlari terkejar sana sini. Hahahaha. Tpi bile dah siap smua mmg satisfied sangat2.

Dah laaa kite pergi next subjek pulak. Chemistry iaitu subjek paling digeruni oleh kami la. Bkn sebab subjek tu susah tpi actually susah jgk laa. Tpi klau focus cg ajar plus exercise tak tinggal bleh je jwb. Subjek ni mmg kami akan siapkan nota2 dan latihan yg cg bagi.. Sbb cg strict sgt. Yelaa kan kami ni bkn top student pun SPM tup2 dgn result cacar marba ni pergi teruskan ambik sains. Ada masa tu masuk kelas tup2 cg suruh tutup buku tutup nota. Haa tau sbb apa? Sbb ade test. Tak terkata laa kami. Study tak apepun tak tibe2 ade test je. Tapi alhamdulillah laa sbb ada antara kami slalu study buku past year. Jawapan yg pendek2 tu kami ingat laa. Tapi ada lagi hal nya. Kami dikatakan meniru sbb boleh jwp soalan yang diberi. HAHAHAHA tak tau nak ckp ape time tu. Trima jelaa apa cg cakap. Kami fikir mungkin ada yang lebih baik akan jdi lps ni.

Apa yang saya nak share kat sini kata2 cg chemist yg sye ingat smpai harini ialah “biar dok bijok asalkan rajin, drpd bijok tapi malas”. Betul, kami ni biase2 je takde laa bijak sgt tapi semua short notes cg sruh buat kami buat, smua latihan kami khatamkan berkali2. Kadang tak faham ape pun cg ajar sbb sehari belajar dua tiga bab. Tapi kami buat dan taat apa cg suruh. So tak jdi susah pun bila follow the flow. Cumanya kena korbankan masa dan tenaga utk study balik dgn kawan2 buat past year question tu berkali2.

 Ada satu hari tu saya study petang ngan partner ni. Kitaorg sama2 failed time exam sblm tu then cg chemist dtg tnye “korg buat ape?” “study skit cg”. Nak tau apa cg ckp lps tu? “awk study sama2 fail last nanti fail jugak”. Tersentap weh, sape je tak sentap tpi kami xde pilihan sbb kami tak ramai. Alhamdulillah saya bangkit dengan kata2 cg. Buat kata2 tu sebagai pembakar semangat. Akhirnya berkat doa yang tak pernah putus, usaha dari diri sendiri dan bantuan drpd guru2 dan rakan2, saya dapat buktikan yang saya mampu buat masa peperiksaan akhir. Tak banyak tapi dapat laa credit tu.

Then untuk subjek Mathematic T pulak my fevret subjek, yang boleh saya katakan ialah TAK SAMA DENGAN ADDMATH. Sbb apa tak sama sbb addmath tu adalah basic sgt je utk Math T ni. Sapa yg xde asas addmath susah sikit laa. Addmath tu kalau boleh mse SPM dapat C keatas laa utk further STPM sains ni. Tak susah utk yang suka math tapi mencabar sikit laa. Sem 1 belajar algebra, saya tak minat mane algebra so dpt result pun so2 je. Utk sem 2 blajar kalkulus, it’s a bit hard tapi batch kami adalah first batch yang lulus 100% kalkulus time ni. Cg pun happy sgt2 sbb tak pernah lagi cg ckap yg semua student sains lulus kalkulus. Siap belikan kitaorg brownies lagi. Huhuhu. Then kami bangkit mse sem 2 ni utk lulus jugak sem 3 iaitu statistik. Part ni xdelaa susah sgt. Belajar pun enjoy2 je. Math ni pun same je kne banyakkan latihan sbb cara jwb same je cume soalan je adjust sikit.

Oke now subjek PA pulak. Bukan prinsip akaun ye tapi Pengajian Am. Subjek ni smua form 6 wajib ambil. Kne banyakkan membaca dan tahu isu2 semasa sbb karangan ade berkait dgn isu semasa. Best laa belajar bkn mcm sejarah sgt pun, ia lebih kpd hal2 negara. Kalau sem 3 belajar sal negara luar. So korg bleh laa tahu knpe kerajaan buat cam ni. Kenape klau kene saman dengan polis kita oleh saman blik polis tu. Haa nak tahu kene laa belajar PA ni. Klau org yg tak blajar mesti berdebat kat media sosial ckp kerajaan tak spatutnya buat cam tulaa cam nilaa. Padahal dia yang tak tahu tentang undang2. Aduyai manusia kan biaselaa. Mulut dan tgn lagi laju dari otak.

Overall takde laa susah sgt STPM ni kalau ada usaha dan rajin serta taat guru. Kalau tak lalui kita takkan tahu sejauh mana susah dye tu. Tipu laa kalau tak ngis time priksa and time dapat result. Tngk kwn2 satu sekolah dulu dapat dekan naik pentas setiap sem tapi kami student sains nk naik pentas pun angan2 jelaa. Kalau ade pun student chinese je biase dpt tinggi sikit result. Kata2 cg bio “takpe kalau awk tak berjaya dlm STPM, takpe kalau kne repeat diploma balik, sbb belajar ni bkn utk naik pentas je, bkn utk result cantik je, tapi ILMU tu awak dapat dan boleh guna sampai bila2” ni laa ayat yg selalu cg pujuk kami time kluar result.

Nak citer sal cabaran mmg bnyak sgt. Mula2 sem 1 dpt result 1.50 je. Ape pun tak dpt kalau dgn result cam ni. Kalau ikutkan hati nak stop dah STPM mse tu tapi dapat kekuatan dari cg bio, beliau laa cg yang tak pernah marah pada pelajar even kami fail setiap test cg buat, kadang ada homework tak sempat siap sbb terlalu bnyak homework, beliau tak pernah marah tapi beliau bagi masa kami siapkan hari tu. Beliau bnyak bagi peluang dan bagi nasihat. Even kawan2 makin menjauh, family pun marah sbb takde hasil. Yelaa kan result mcm tu sape je nak pandang. Tapi kami tetap teruskan sampai akhir. Periksa percubaan sem 3 dapat nom last dlm tingkatan dgn pointer 0.00 sbb tak jwb exam. Time tu msuk hospital sbb demam denggi. Berapa minggu je lagi nak final exam. Rasa mcm dunia gelap je. Nak undur masa dah tak boleh. Mase tu jugak bru dpt result sem 2. Lagi rendah dri result sem 1 tpi tak sempat fikir ape2 pun dah msuk hospital. Dkat 2 minggu rsenye tak pergi sekolah. Warded 5 hari dpt MC 9 hari.

But at the end, saya mampu lakukan. Nangis terduduk dpt tau yang result saya membolehkan saya menyambung degree. Alhamdulillah tiada yang mustahil dengan izin Allah. Cg dtg peluk kami sambil nangis sbb cg je tahu macam mana kami struggle utk final exam. Thanks buat guru2 dan sahabat2 yang membantu saya sepanjang perjalanan saya di STPM. Sekarang saya menyambung Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik Kewangan) di Universiti Malaysia Terengganu. Smoga kisah saya dapat menjadi pembakar semangat adik2 yang nk ambil STPM sains nanti. GUDLUCK, ALL THE BEST.

Figure 4: The day’s final result come out. Result ibu dah bawak balik mse ni. Saya tak balik lgi sbb kluar mkn nge cg.

 

Figure 5: Family of Science. Last day out ngan cg2 dan kwn2. Belanja cg2 sains mkn.



Figure 6: Haa nilaa Malay Girls of Science. Thanks Hexa Girls utk perjuangan dan kenangan yang amat bermakna.


Figure 7: My dearest bestfriend and partner since 2013.



P/S: YOU DONT KNOW YOUR DESTINATION WITHOUT YOUR JOURNEY 

* For your information student sains bleh mohon degree apabila capai 3 credit trmasuk pengajian am even pointer korang rendah je. Student sastera kene tngk pointer jgk laa sbb rmai.

*Ada nak tanye bleh comment yee 😊 inshaAllah sye jwab dlm masa terdekat

No comments:

Post a Comment

Teruntuk Langit Yang Bercanda

  💘Antologi puisi, rasa & kamu -JIWA- -1- Ke hadapan rumah yang dipenuhi perabot perangkap bunyi yang saling berbalas sunyi, tampak sep...