STPM SAINS
SUSAH ???
Haa meh sye
nk kongsi sikit citer pengalaman msuk STPM sains ni.
Figure 1: Para Pendidik Ismailian dan student
18/19 dan 19/20
5hb februari 2018 sye msuk ke Sek
Men Sultan Ismail Kemaman atau nme glamour skolah ni 'SIS' stand for Sultan Ismail School, as a form 6 student
stelah menolak tawaran UITM dlm bidang sains matematik serta beberapa
universiti swasta. Sebab2 penolakan msuk ke UITM adlh sbb ayah sye xnk sye msuk
aliran math. Yelaa kan dh 2 tahun proceed dalam aliran sains tiber nk msuk math.
Syg laa kan. So sye msuk ke STPM aliran sains. Mula2 penuh satu klas tpi smua
tukar aliran sastera dan tinggallah kami 7 orang pelajar bio dan 2 orang
pelajar fizik. Btw kat kemaman ni ade stu skolah je aliran STPM sains. Tu pun
cg bgtau batch kmi pling rmai pelajar sains.. Mksudnya sblm ni lgi sikit laa
kan. Mse tu sluruh negeri trngganu, pljar bio pling rmai klas kami laa. Ade
skolah yg sorg je plajar bio. So sape2 yg msuk alirn sains ni mmg limited laa. Haa ni sye perkenalkan classmate sye yang same2 berjuang selama 1 tahun setengah.
Figure 2: Classmates 6 Atas Ungku
Aziz (Sains Biologi)
Figure 3: Students sains BIO &
FIZ (18/19)
Oke then kite truskan cter psal subj
aliran sains ni. Haa sye ambik 4 subjek iaitu Biology, Chemistry, Mathematics T
dan ofkoss smua wajib ambik iaitu Pengajian Am. Oke bg sye subj bio ni lebih
detail berbnding zman SPM dulu. Blajar pun enjoy sbb bile dh blajar kita
praktikkan melalui amali so lebih mudah faham laa. Paling best mse sem 2 kami
ade projek bedah tikus. Mesti korg geli kan tpi actually mse mula2 tu je geli
then bile dh bedah dye tu rse mcm betul2
jdi doctor pulakk.. hehehehe best sbb dpt tngk organ dalaman tikus yg sbnrnye
same dgn organ dlaman manusia. So bleh tau laa mcm mne rupa hati, jantung, kat
mne trltaknya buah pinggang and so on laa. Bnyk klau nk cter satu2. Pastu ade
lagi projek mse sem 3. Sem ni xdelaa blajr sgt
rsenye sbb kne settle kan projek iaitu mengawet serangga and tumbuhan.
Tpi bkn ikut suka je bleh pilih mne2 srangga kne ikut family dye laa. Klau nk
tahu lbih kne blajar laa.
Time ni bnyk sgt dugaan sbb bahan yg
kami guna utk awet serangga tu bahaya. Klau kene plastik bleh koyak. Klau
terhidu kuat sgt ade effect2 dye laa. Belum lgi msuk part dh siap awet smua
tup2 kaki serangga patah, sayap tercabut and so on. Sbb nk yg sempurna xleh
cacat2. Time nk tangkap satu hal, mcm orang gila dh duk kat pdang skolah.
Berlari terkejar sana sini. Hahahaha. Tpi bile dah siap smua mmg satisfied
sangat2.
Dah laaa kite pergi next subjek
pulak. Chemistry iaitu subjek paling digeruni oleh kami la. Bkn sebab subjek tu
susah tpi actually susah jgk laa. Tpi klau focus cg ajar plus exercise tak
tinggal bleh je jwb. Subjek ni mmg kami akan siapkan nota2 dan latihan yg cg
bagi.. Sbb cg strict sgt. Yelaa kan kami ni bkn top student pun SPM tup2 dgn
result cacar marba ni pergi teruskan ambik sains. Ada masa tu masuk kelas tup2
cg suruh tutup buku tutup nota. Haa tau sbb apa? Sbb ade test. Tak terkata laa
kami. Study tak apepun tak tibe2 ade test je. Tapi alhamdulillah laa sbb ada
antara kami slalu study buku past year. Jawapan yg pendek2 tu kami ingat laa.
Tapi ada lagi hal nya. Kami dikatakan meniru sbb boleh jwp soalan yang diberi.
HAHAHAHA tak tau nak ckp ape time tu. Trima jelaa apa cg cakap. Kami fikir
mungkin ada yang lebih baik akan jdi lps ni.
Apa yang saya nak share kat sini
kata2 cg chemist yg sye ingat smpai harini ialah “biar dok bijok asalkan rajin,
drpd bijok tapi malas”. Betul, kami ni biase2 je takde laa bijak sgt tapi semua
short notes cg sruh buat kami buat, smua latihan kami khatamkan berkali2.
Kadang tak faham ape pun cg ajar sbb sehari belajar dua tiga bab. Tapi kami
buat dan taat apa cg suruh. So tak jdi susah pun bila follow the flow. Cumanya
kena korbankan masa dan tenaga utk study balik dgn kawan2 buat past year
question tu berkali2.
Ada satu hari tu saya study petang
ngan partner ni. Kitaorg sama2 failed time exam sblm tu then cg chemist dtg
tnye “korg buat ape?” “study skit cg”. Nak tau apa cg ckp lps tu? “awk study
sama2 fail last nanti fail jugak”. Tersentap weh, sape je tak sentap tpi kami
xde pilihan sbb kami tak ramai. Alhamdulillah saya bangkit dengan kata2 cg.
Buat kata2 tu sebagai pembakar semangat. Akhirnya berkat doa yang tak pernah
putus, usaha dari diri sendiri dan bantuan drpd guru2 dan rakan2, saya dapat
buktikan yang saya mampu buat masa peperiksaan akhir. Tak banyak tapi dapat laa
credit tu.
Then untuk subjek Mathematic T pulak
my fevret subjek, yang boleh saya katakan ialah TAK SAMA DENGAN ADDMATH. Sbb
apa tak sama sbb addmath tu adalah basic sgt je utk Math T ni. Sapa yg xde asas
addmath susah sikit laa. Addmath tu kalau boleh mse SPM dapat C keatas laa utk
further STPM sains ni. Tak susah utk yang suka math tapi mencabar sikit laa.
Sem 1 belajar algebra, saya tak minat mane algebra so dpt result pun so2 je.
Utk sem 2 blajar kalkulus, it’s a bit hard tapi batch kami adalah first batch
yang lulus 100% kalkulus time ni. Cg pun happy sgt2 sbb tak pernah lagi cg ckap
yg semua student sains lulus kalkulus. Siap belikan kitaorg brownies lagi.
Huhuhu. Then kami bangkit mse sem 2 ni utk lulus jugak sem 3 iaitu statistik.
Part ni xdelaa susah sgt. Belajar pun enjoy2 je. Math ni pun same je kne
banyakkan latihan sbb cara jwb same je cume soalan je adjust sikit.
Oke now subjek PA pulak. Bukan
prinsip akaun ye tapi Pengajian Am. Subjek ni smua form 6 wajib ambil. Kne
banyakkan membaca dan tahu isu2 semasa sbb karangan ade berkait dgn isu semasa.
Best laa belajar bkn mcm sejarah sgt pun, ia lebih kpd hal2 negara. Kalau sem 3
belajar sal negara luar. So korg bleh laa tahu knpe kerajaan buat cam ni.
Kenape klau kene saman dengan polis kita oleh saman blik polis tu. Haa nak tahu
kene laa belajar PA ni. Klau org yg tak blajar mesti berdebat kat media sosial
ckp kerajaan tak spatutnya buat cam tulaa cam nilaa. Padahal dia yang tak tahu tentang
undang2. Aduyai manusia kan biaselaa. Mulut dan tgn lagi laju dari otak.
Overall takde laa susah sgt STPM ni
kalau ada usaha dan rajin serta taat guru. Kalau tak lalui kita takkan tahu
sejauh mana susah dye tu. Tipu laa kalau tak ngis time priksa and time dapat
result. Tngk kwn2 satu sekolah dulu dapat dekan naik pentas setiap sem tapi
kami student sains nk naik pentas pun angan2 jelaa. Kalau ade pun student
chinese je biase dpt tinggi sikit result. Kata2 cg bio “takpe kalau awk tak
berjaya dlm STPM, takpe kalau kne repeat diploma balik, sbb belajar ni bkn utk
naik pentas je, bkn utk result cantik je, tapi ILMU tu awak dapat dan boleh
guna sampai bila2” ni laa ayat yg selalu cg pujuk kami time kluar result.
Nak citer sal cabaran mmg bnyak sgt.
Mula2 sem 1 dpt result 1.50 je. Ape pun tak dpt kalau dgn result cam ni. Kalau
ikutkan hati nak stop dah STPM mse tu tapi dapat kekuatan dari cg bio, beliau
laa cg yang tak pernah marah pada pelajar even kami fail setiap test cg buat,
kadang ada homework tak sempat siap sbb terlalu bnyak homework, beliau tak
pernah marah tapi beliau bagi masa kami siapkan hari tu. Beliau bnyak bagi
peluang dan bagi nasihat. Even kawan2 makin menjauh, family pun marah sbb takde
hasil. Yelaa kan result mcm tu sape je nak pandang. Tapi kami tetap teruskan
sampai akhir. Periksa percubaan sem 3 dapat nom last dlm tingkatan dgn pointer
0.00 sbb tak jwb exam. Time tu msuk hospital sbb demam denggi. Berapa minggu je
lagi nak final exam. Rasa mcm dunia gelap je. Nak undur masa dah tak boleh.
Mase tu jugak bru dpt result sem 2. Lagi rendah dri result sem 1 tpi tak sempat
fikir ape2 pun dah msuk hospital. Dkat 2 minggu rsenye tak pergi sekolah.
Warded 5 hari dpt MC 9 hari.
But at the end, saya mampu lakukan.
Nangis terduduk dpt tau yang result saya membolehkan saya menyambung degree. Alhamdulillah
tiada yang mustahil dengan izin Allah. Cg dtg peluk kami sambil nangis sbb cg
je tahu macam mana kami struggle utk final exam. Thanks buat guru2 dan sahabat2
yang membantu saya sepanjang perjalanan saya di STPM. Sekarang saya menyambung
Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik Kewangan) di Universiti Malaysia
Terengganu. Smoga kisah saya dapat menjadi pembakar semangat adik2 yang nk
ambil STPM sains nanti. GUDLUCK, ALL THE BEST.
Figure 4: The day’s final result come out.
Result ibu dah bawak balik mse ni. Saya tak balik lgi sbb kluar mkn nge cg.
Figure 5: Family of Science. Last day out ngan
cg2 dan kwn2. Belanja cg2 sains mkn.
Figure 6: Haa nilaa Malay Girls of Science.
Thanks Hexa Girls utk perjuangan dan kenangan yang amat bermakna.
Figure 7: My dearest bestfriend and partner
since 2013.
P/S: YOU DONT KNOW YOUR DESTINATION WITHOUT YOUR JOURNEY
* For your information student sains bleh mohon degree apabila capai 3 credit trmasuk pengajian am even pointer korang rendah je. Student sastera kene tngk pointer jgk laa sbb rmai.
*Ada nak tanye bleh comment yee π inshaAllah sye jwab dlm masa terdekat